BLOG INI MEMBINCANGKAN MENGENAI KEEFISYENAN SESEBUAH MAJLIS PERBANDARAN. MAJLIS PERBANDARAN YANG MENJADI FOKUS KAJIAN SAYA IALAH MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSEPANG). SEGALA MAKLUMAT DAN KOMEN MENGENAI TAJUK KAJAIN AMAT DIALU-ALUKAN....

Monday, September 15, 2008

KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK DAERAH SEPANG

tahun 1991 - 55, 000 orang

tahun 1999 - 75, 000 orang

dijangka pada tahun 2020 - menjangkau ke tahap 2.2 juta orang

KELUASAN KAWASAN KAJIAN (SEPANG)

Keluasnnya ialah 59,996 hektar. keluasan ini di bahagi kepada 3 mukim.

Mukim Dengkil : 29,395 hektar
Mukim Labu : 29,395 hektar
Mukim Sepang : 20,441 hektar


ketiga tiga mukim ini mempunyai 19 buah kampung dan 4 buah kampung baru.

MASALAH DI SEPANG (DUSUN JADI PADANG GOLF)- harian metro.

SEPANG: Penduduk Orang Asli suku Temuan di Kampung Bukit Unggul, dekat sini, mendakwa kehilangan punca pendapatan apabila tanah yang diteroka sejak 45 tahun lalu dibangunkan padang golf tanpa mendapat persetujuan daripada mereka.Sebelum tanah berkenaan dibangunkan, penduduk menikmati hidup selesa hasil pendapatan daripada tanaman kelapa sawit dan dusun yang diusahakan di kawasan kira-kira 60 hektar.Namun, semuanya berubah apabila kelapa sawit dan pokok buah-buahan yang diusahakan selama ini ditebang untuk membangunkan padang golf pada 1993 menyebabkan majoriti penduduk hilang sumber pendapatan.Kini, mereka yang tinggal di pinggir Bukit Unggul Golf terpaksa bergantung kepada hasil kelapa sawit dan getah di sekitar kawasan rumah untuk sumber pendapatan. Seorang penduduk, Apat Gantok, 64, berkata penduduk kampung terkilan kerana projek dijalankan tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada penduduk kampung, sebaliknya hanya meminta tok batin menandatangani perjanjian sebelum membuat pembayaran. “Pemaju terus memajukan tanah terbabit pada 1994, menyebabkan kami hilang sumber pendapatan kekal.“Kami tidak dapat mengutip hasil kelapa sawit yang tidak ditebang kerana pemaju mendakwa tanah terbabit hak mereka sedangkan pemaju tidak pernah membayar pampasan tanah kepada kami walaupun tanah itu rizab Orang Asli,” katanyaApat berkata, pemaju memang menyediakan penempatan lain di Kampung Kercau, Hulu Langat, Selangor selepas tanah itu dibangunkan, tetapi penempatan baru itu terletak di atas tanah orang lain dan tok batin di kawasan berkenaan tidak menerima kedatangan mereka.Menurutnya, penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Sepang, namun tiada sebarang tindakan diambil.Malah, jabatan itu tidak pernah menjenguk perkampungan Orang Asli terbabit untuk mendengar rintihan penduduk yang terpaksa merempat di tanah sendiri.Menurutnya, ketiadaan sumber pendapatan tetap menyebabkan sebahagian daripada penduduk mengikut anak atau saudara-mara berpindah ke kawasan lain bagi mengelakkan hidup merana di kampung sendiri.



SEPANG BAKAL LEMBAH KLANG KE II

Satu Bengkel Pelaksanaan Pembangunan Wilayah Lembah Klang Kedua (WLK II) anjuran Unit

Perancang Ekonomi Negeri Selangor telah diadakan di Cyberview Lodge, Resort & Spa pada 23

Januari lalu. Bengkel ini diadakan adalah bertujuanuntuk untuk memastikan hasrat Kerajaan

Negeri Selangor untuk menjadikan Daerah Sepang dan Kuala Langat sebagai Lembah Klang Ke

II yang memenuhi tuntutan masyarakat sekitar. Bengkel yang berlangsung selama sehari itu

telah dianggotai oleh tokoh-tokoh masyarakat setempat, pemaju dan badan-badan swasta. Sesi

bengkel telah dipecahkan kepada 6 kumpulan yang menumpukan kepada perancangan akan

datang Wilayah Lembah KlangKedua (WLK II).

Thursday, September 11, 2008

info Sepang

Daerah Sepang yang berkeluasan 59,966 hektar dibahagi kepada tiga mukim iaitu Mukim Dengkil 29,395 hektar, Mukim Labu 29,395 hektar dan Mukim Sepang 20,441 hektar. Ketiga-tiga mukim ini mempunyai sejumlah 19 buah kampung dan 4 buah kampung baru. Oleh kerana pertumbuhannya yang pesat Daerah Sepang kini hanya tinggal 50% sahaja kawasan tanah pertanian yang diperbangunkan berbanding dengan 80% pada tahun 1990. Sepang telah benar-benar bertukar wajah akibat pertumbuhan pembangunan yang amat agresif.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pintu Masuk Utama Ke Malaysia Dengan adanya projek-projek nasional, kadar pertumbuhan penduduk Sepang telah meningkat dari 55,000 orang pada tahun 1991 kepada 75,000 orang pada tahun 1999 dan dijangka akan menjangkau ke tahap 2.2 juta orang menjelang tahun 2020. Negara yang maju patut memiliki kemudahan dan prasarana yang mampu menampung perkembangannya. Antaranya adalah laluan masuk ke Daerah Sepang telah bertambah dan akan dipertingkatkan. Serangkaian Lebuhraya yang terdiri dari South Klang Valley Expressway, Elite Expressway, Putrajaya dan Urban Motor Way yang menghala ke Daerah Sepang telah siap atau akan dibina. Sepang juga boleh dihubungi apabila siapnya laluan keretapi Express Rail Link yang menghubungkan Stesen Kuala Lumpur Sentral di Kuala Lumpur ke KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya. Kemudahan-kemudahan infrastruktur ini adalah perlu bagi menampung projek-projek nasional supaya pembangunan di sekitar Sepang akan terus berjalan lancar.

lokasi kajian


MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, PERSIARAN SEMARAK API, 63200 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
Telefon: 03-8319 0200 / 03-8319 0300
Faksimili: 03-8319 0220