BLOG INI MEMBINCANGKAN MENGENAI KEEFISYENAN SESEBUAH MAJLIS PERBANDARAN. MAJLIS PERBANDARAN YANG MENJADI FOKUS KAJIAN SAYA IALAH MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSEPANG). SEGALA MAKLUMAT DAN KOMEN MENGENAI TAJUK KAJAIN AMAT DIALU-ALUKAN....

Wednesday, July 23, 2008

Masalah lebihan penduduk di bandar-bandar besar.

Kepadatan penduduk sememangnya mendatangkan pelbagai implikasi. Antara masalah alam sekitar fizikal yang dihadapi oleh bandar-bandar besar akibat daripada penduduk yang terlalu ramai ialah masalah pencemaran udara serta jerebu. Akibat pertambahan penduduk, bilangan kenderaan yang digunakan juga turut bertambah. Hal ini lebih serius lagi di kawasan perindustrian yang pesat berkembang sehingga menyebabkab kualiti udara dan alam sekitar terjejas dengan teruk.

selain pencemaran udara, berlaku juga pencemaran bau dan pencemaran bunyi yang mengganggu penduduk. Masalah pencemaran bunyi dan pencemaran bau ini turut dipandang serius kerana menganggu kesihatan penduduk terbabit. Bunyi bising akibat kenderaan dan kilang-kilan yang beroperasi terutamanya di kawasan bandar yang sesak, menimbulkan masalah yang serius. Pencemaran bau khususnya di kawasan pelupusan sampah hasil buangan domestik, dan contoh pencemaran bunyi ialah di kilang-kilang dan juga kenderaan seperti sistem LRT dan Komuter.


Masalah pencemaran air juga amat serius. Pencemaran air meliputi pencemaran sungai, muara dan pelabuhan, air bawah tanah, air hujan, hujan asid dan lain-Iain yang berpunca daripada sisa domestik ataupun perumahan dan sisa buangan kilang yang menjejaskan ekosistem secara menyeluruh, terutamanya kehidupan akuatik.

Selain itu, masalah banjir yang berlaku, terutamanya banjir kilat akibat pembangunan yang terlalu pesat di sesuatu kawasan, bagi menampung keperluan penduduk seperti penerokaan tanah-tanah pinggir bandar untuk membina kawasari perumahan, penimbusan kawasan paya, penyediaan sistem saliran yang tidak cekap, penurapan muka bumi yang keterlaluan, dan sebagainya menimbulkan pelbagai masalah.


Masalah lain ialah masalah yang berkaitan dengan hakisan tanah, tanah runtuh, dan tanah mendap yang juga berpunca daripada eksploitasi terhadap tanah-tanah bandar secara berleluasa bagi menampung keperluan penduduk yang padat dan semakin bertambah. Contohnya, aktiviti perataan tanah tinggi, pembinaan teres, pemotongan dan perataan bukit untuk dijadikan pelbagai tapak bina.

Selain itu, masalah kenaikan suhu mikro atau ‘pulau haba’ yang terdapat di bandar-bandar besar juga berlaku. Masalah ini berpunca daripada pemerangkapan haba oleh bahan pencemar udara yang dikeluarkan oleh industri, kenderaan, dan stesen janakuasa, haba yang dibebaskan oleb metabolisme manusia, ketiadaan tumbuhan yang menyebabkan kelembapan udara rendah ataupun menjadi udara kering.


Terdapat juga masalah yang berkaitan dengan penyakit. Masalah wabak penyakit, seperti taun dan demam denggi yang berpunca daripada sistern pembentungan yang tidak baik, perawatan kumbahan yang tidak sempurna, bekalan air yang tidak bersih, sistem longkang atau perparitan yang tidak cekap, dan sebagainya. Keadaan ini berlaku terutamanya di kawasan penempatan setinggan dalam bandar-bandar besar ataupun di kawasan yang sesak.

Kesimpulannya, masalah-masalah alam sekitar fizikal yang dihadapi oleh bandar-bandar besar akibat daripada penduduk yang terlalu ramai haruslah ditangani kerana jika tidak, pastilah menjejaskan kehidupan manusia dan generasi yang akan datang.

WELCOME TO MY BLOG...


Hai...

Salam perkenalan!!!!

Terima kasih di atas kunjungan kawan-kawan semua..

Di harap, kawan-kawan semua enjoy berkunjung ke blog saya.

Segala komen dan pandangan, hantar je kat blog saya ni.

Komen dan pandangan anda amat saya hargai.

Terima kasih.



_sabariah_