BLOG INI MEMBINCANGKAN MENGENAI KEEFISYENAN SESEBUAH MAJLIS PERBANDARAN. MAJLIS PERBANDARAN YANG MENJADI FOKUS KAJIAN SAYA IALAH MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSEPANG). SEGALA MAKLUMAT DAN KOMEN MENGENAI TAJUK KAJAIN AMAT DIALU-ALUKAN....

Friday, October 31, 2008

ApE yAnG kAmI LiHaT...

keadaan kedai yang terbiar. mencacatkan pemandangan. kedai yang terbiar ini telah menjadi tempat anak-anak muda melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. antaranya menghidu gam, minum arak dan sebagainya. ape yang kami lihat kat gambar di atas ialah botol-botol arak yang bertaburan dan ada kesan-kesan dan barang-barang yang dilakukan untuk menagih dadah.

sEpAnG lAmA tErAbAi ??????

Thursday, October 23, 2008

Sepang Lama...

korang tau tak ape yang pak cik yang baju belang-belang ni buat???? pakcik ni sedang mengambil air dari batang paip yang telah bocor. air yang diambil adalah untuk kegunaan harian kerana bekalan air tidak mencukupi. semenjak dua menjak ni, ini lah masalah yang paling ketara di Sepang Lama ekoran daripada kejadian paip pecah di Daerah Sepang yang menyebabkan 35,000 penduduk terputus bekalan air.

haaa... gambar kat sebelah tu korang tau x ape yang uncle tu pegang?????? kalua korang nak tau, uncle tu pegang botol susu anak die... hehehe. uncle ni datang kat tempat ni semata-mata nak mencari air untuk membasuh botol susu anak dia. mesti anak uncle ni sedang menangis kat umah kan???? korang setuju tak kalau kami katakan bahawa kehidupan mereka amat menyeksakan dalam sehari dua ni........?? uncla ni cakap, "wa talak kisah wa mandi ke tidak, wa hanya kisah pada anak wa kat umah tu, makan minum dorang..." haaaa ni la contoh ayah mithali.... hehehhe. tak pe uncle, kami doakan semoga keadaan ini cepat diselesaikan supaya tidak mendatangkan masalah kepada penduduk di Sepang Lama....

Tuesday, October 21, 2008

Bandar Baru Salak Tinggi...

keadaan longkang yang rosak.............................................. pak cik tengah cerita ape ek?????.......

ni pulak keadaan kat Bandar Baru Salak Tinggi (BBST). kami dapati tidak terdapat banyak masalah kat sini. untuk pengetahuan pembaca, Bandar Baru Salak Tinggi adalah bandar yang baru dibuka untuk menampung lebihan penduduk di Daerah Sepang. ekoran daripada itu, wajarlah jika kawasan ini tidak mempunyai banyak masalah. cuma yang jelas di mata kami ialah terdapat satu longkang yang rosak yang menyebabkan pengaliran air terganggu. banyak sampah-sarap yang bertakung dan ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit berjangkit kepada penduduk di situ sperti penyakit denggi... so, diharapkan agar penduduk kat Bandar Baru Salak Tinggi berhati-hati...

kat sebelah tu ialah gambar responden kami yang cukup mesra dan baik hati. pakcik ni merupakan penjual apam balik di sini. sudah 15 tahun pakcik ni meniaga di sini. menurut beliau, BBST telah jauh berbeza jika dibandingkan dengan masa mula-mula beliau bekerja di sini. segala kemudahan terdapat di sini dan BBST merupakan salah satu bandar yang mempunyai efisyen di Daerah Sepang. erm..... x pelah, moga-moga BBST dapat menjadi contoh kepada bandar-bandar lain. pape pun, apam balik pakcik memang best!!!!! thanks.

pak cik memang best!!!!!!

Pak Cik Sharil dan kawan-kawan...

ni la Pak Cik Sharil (baju kuning) yang paling sporting sepanjang kami menjalankan kajian kami di Dengkil. kitorang jumpe pak cik-pak cik dan abang ni kat FAMA Dengkil. terima kasih atas maklumat yang pak cik berikan dan di atas kesudian abang baju hitam menghantar kami ke warong Wak Surno. masih ada lagi insan-insan yang berhati mulia macam pakcik Sharil dan kawan-kawan pakcik ni. ALHAMDULILLAH... kami harap, Pakcik Sharil dan kawan-kawan di berkati Tuhan. ada masa, kite jumpa lagi...

Dengkil....

Taman Baiduri dilanda banjir................................................ bus stop ke ni???????

erm.... ni la antara masalah yang terdapat kat Dengkil... kami berkesempatan melihat keadaan Taman Baiduri yang dilanda banjir akibat daripada longkang tersumbat dan berlakunya banjir apabila hujan turun dengan lebat. semasa kami berada di tempat kejadian, 2 orang pelajar PMR Sekolah Dengkil yang berbangsa India lalu di hadapan kami. kami terus bertanya mengenai kejadian tersebut. salah seorang daripada mereka yang mahu dikenali sebagai Kavitha menjawap ''kat sini kalau hujau lebat je, air terus naik. macam tu la selalunya kak... kami nak pegi sekolah pun susah. dah la hari ni PMR........" apepun dik, sabar ye. jangan sampai tak pegi ambik exam pulak.. saya cuma berharap agar pihak yang terbabit mengambil tindakan segera dalam menangani masalah ini kerana apa yang kami dapati, penduduk di Taman Baiduri ini sukar meneruskan rutin harian mereka seperti biasa..

korang nampak tak gambar yang ada bas tu? korang rase, tempat tu ada ciri-ciri bus stop tak?????? apa yang kami lihat, keadaan macam tu hanya mendatangkan bahaya kepada pelajar-pelajar, kerana "bus stop" kat sini hanya untuk pelajar-pelajar sekolah dari arah seberang jalan. mereka hanya duduk menunggu bas di tangga-tangga jejantas. keciannya akak tengok adik-adik ni.... tunggu bas tu, tuggu jugak dik, tapi keselamatan tu kena jaga tau!!!!!

Monday, October 20, 2008

pencarian diteruskan

pencarian responden diterusklan lagi pada hari ahad yang lalu. kawasan tumpuan kami seterusnya ialah Sepang Lama. tak ader ape yang nak saya kongsi sebenarnya, cuma nak cerita pasal kesusahan penduduk Sepang Lama. diorang terpaksa mengangkut air berbaldi-baldi untuk meneruskan kehidupan. kalau semua nak tahu, Sepang dah 4 hari tak ader air. so, susah diorang nak menjalani rutin harian. paling kami kesian, pada anak-anak kecik la.... saya sempat menemubual seorang responden orang asli, yang tinggal di perkampungan orang asli Bukit Bangkong, Sepang, yang ketika itu sedang mengambil air di satu kawasan paip pecah. die cakap, air yang dibekalkan tidak mencukupi dan air tersebut hanya dibekalkan di kawasan taman-taman sahaja. di kawasan perumahan orang asli langsung tidak dibekalkan. so, mereka hanya menggunakan air sungai yang tercemar untuk membasuh pakaian. kesiannyer..... seorang responden India turut berada di tempat kejadian mengakui keadaan tersebut. tambah uncle ni, kawasan perumahan India juga tidak dibekalkan. hanya kawasan yang mempunyai penduduk Melayu sahaja dibekalkan air bersih..... so, pihak mane yang perlu bertanggungjawab di atas semua yang berlaku ni???????? renung-renungkan wahai pembaca budiman....

Saturday, October 18, 2008

350,000 penduduk tak berair - Tiga paip utama pecah dipercayai hasil kegiatan korek pasir secara haram

SEPANG - Aktiviti mengorek pasir secara haram dipercayai menjadi punca tiga paip utama pecah sekali gus menyebabkan 350,000 penduduk tiga kampung di sekitar Sepang, Kuala Langat dan Hulu Langat menghadapi kesulitan ketiadaan bekalan air semalam.

Ketiga-tiga batang paip yang bersaiz 1,500 milimeter (mm), 1,200mm dan 1,050mm itu di Kampung Revolusi Hijau, Kampung Semerang itu membekalkan air bersih kepada penduduk berkenaan, dari loji Semenyih.

Biarpun punca kejadian itu masih dalam siasatan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), namun tanggapan awal mendapati aktiviti mengorek pasir secara haram di kawasan berdekatan dipercayai menjadi puncanya.

Ketua Pegawai Operasi Syabas, Datuk Ir. Lee Miang Koi berkata, pihaknya akan berusaha menyegerakan kerja-kerja membaik pulih dan selain membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi mengenai kejadian itu.

"Kami sedang kaji untuk ambil tindakan ke atas pihak berkenaan yang menyebabkan kejadian ini (paip pecah) selain berusaha perbaiki kerosakan dan mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu," katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi semalam.

Sementara itu, Pengarah Operasi Syabas, Ir. V. Subramaniam berkata, kerja-kerja membaik pulih dijangka mengambil masa dua hingga tiga hari dan bergantung kepada cuaca.

"Kami akan baiki sebatang paip dulu untuk sambung bekalan air, dua paip lagi dibaiki kemudian," jelasnya.

Katanya, pihaknya akan mengalihkan laluan batang paip ke tempat lebih selamat sepanjang kira-kira 300 meter bagi setiap sebatang paip.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di lokasi semalam mendapati, ketiga-tiga paip tersebut pecah ekoran tanah yang menyokongnya runtuh ke dalam lombong pasir.

Ketua Kampung Semarang, Abdul Ghaffar Man, 63, berkata, pihaknya mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang kerja mengorek pasir haram.

"Sejak kerajaan negeri bekukan pengeluaran lesen korek pasir dua bulan lalu, kami mengadakan kawalan dan kegiatan itu terhenti namun ia kembali beroperasi waktu malam hingga awal pagi.

"Saya dah laporkan masalah ini kepada Pegawai Daerah, namun tiada tindakan diambil setakat ini," ujarnya ketika ditemui.

PAIP PECAH GANGGU BEKALAN AIR DI SELANGOR

SEPANG: Beberapa kawasan di Sepang, Kuala Langat dan Hulu Langat hari ini mengalami gangguan bekalan air ekoran kejadian paip pecah di tiga paip utama yang membekalkan air ke kawasan berkenaan dari Loji Semenyih.

Pengurus Besar, Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Abdul Halem Mat Som berkata kejadian itu turut menyebabkan 350,000 pengguna di kawasan tersebut terputus bekalan air.

“SYABAS mendapati tiga batang paip bersaiz 1500mm, 1200mm dan 1050mm di Kampung Revolusi Hijau pecah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, punca kejadian paip pecah tersebut masih disiasat dan ia disyaki kerana kerja-kerja mengorek pasir oleh pihak ketiga.

“Gangguan bekalan air ini melibatkan 35 kawasan di Hulu Langat, 27 kawasan di Kuala Langat dan 13 di Sepang,” katanya.

TRAGEDI 16 OKT 2008

Assalamualaikum semua... pada hari Khamis, 16 okt 2008, kumpulan kami (saya, zaza & azie) telah menjalankan survei di Daerah Sepang. kawasan tumpuan kami ialah DENGKIL, BANDAR BARU SALAK TINGGI dan SEPANG LAMA. hari tu, hari pertama kami turun padang. kami sempat survei dan temubual responden dua kawasan jer. Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi. semasa berada di Dengkil, kami berasa teruja kerana penduduk-penduduk Dengkil baik-baik hati semua. kerjasama yang mereka tunjukkan, amat kami hargai, terutamanya penduduk kaum Melayu dan India. kaum Cina langsung tak nak bagi kerja sama pada kami. sedih sangat masa tu..... macam-macam alasan diorang bagi. kalau korang sume nak tau, kami tak dapat sorang pun responden Cina kat Dengkil. hampa sangat!!!. tapi, thanks pada Pak Cik Sharil, salah seorang pembantu rendah am kat FAMA Dengkil, die yang banyak membantu kami dalam membuat temubual ni. sampai kan, die menyuruh anak buah die hantar kami ke warong Wak Surno, kerana menurut beliau, kami akan mudah dapat responden jika pergi kat sana.
cuaca kat sana pada pagi hari cerah, dan tengah hari panas terik. kami berjalan beriringan (macam org jual ubat!!!!) tengah-tengah panas.
dalam pukul 2, kami beralih lokasi ke Bandar Baru Salak Tinggi. tapi, mase tu hujan lebat, siap ngn ribut petir lagi... kami lebih memberi tumpuan kepada responden Cina. buat kali ke-2, kami frust, kami cuma dapat 2 orang jer responden Cina. kenapa dengan kaum dorang ek?????? kami sendiri pun tak paham... tu pun abis pujuk baru dapat temubual. die kate, "manyak olang macam lu olang datang wat survei dekat ini kedai, tapi wa punye business tak jugak untung2, lagi lugi ade la.." ke situ pulak die... kite nak tnye je, die marah2 kite plak...

x pelah, dah x de rezeki kami pada hari tu kan....????? kami harap, hari kedua kami turun padang kami akan dapat kerjasama dari penduduk-penduduk kat sana terutamnya kaum Cina. insyaAllah...

Tuesday, October 14, 2008

pembahagian responden

Kawasan kajian yang akan diberi tumpuan oleh kitorang (saya, azie dan zaza) ialah Dengkil, Sepang dan Bandar Baru Salak Tinggi. Setelah itu, kitorang, telah membuat pembahagian responden mengikut kawasan tersebut. pening jugak kitorang dibuatnyer..., sebabnya kitorang keliru dengan kemasukan mukim Labu dalam Daerah Sepang. tetapi, dengan bantuan Dr. Hamzah dan pegawai di MPSepang, kitorang dapat selesaikan semuanya dengan baik... Thanks Dr. Hamzah (bukan bodek tau, ikhlas ni).

hasil daripada pembahagian responden yang telah kitorang buat:

Dengkil : 30 orang
Sepang : 7 orang
Bandar Baru Salak Tinggi : 8 orang
Jumlah : 45 orang