BLOG INI MEMBINCANGKAN MENGENAI KEEFISYENAN SESEBUAH MAJLIS PERBANDARAN. MAJLIS PERBANDARAN YANG MENJADI FOKUS KAJIAN SAYA IALAH MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSEPANG). SEGALA MAKLUMAT DAN KOMEN MENGENAI TAJUK KAJAIN AMAT DIALU-ALUKAN....

Thursday, September 11, 2008

info Sepang

Daerah Sepang yang berkeluasan 59,966 hektar dibahagi kepada tiga mukim iaitu Mukim Dengkil 29,395 hektar, Mukim Labu 29,395 hektar dan Mukim Sepang 20,441 hektar. Ketiga-tiga mukim ini mempunyai sejumlah 19 buah kampung dan 4 buah kampung baru. Oleh kerana pertumbuhannya yang pesat Daerah Sepang kini hanya tinggal 50% sahaja kawasan tanah pertanian yang diperbangunkan berbanding dengan 80% pada tahun 1990. Sepang telah benar-benar bertukar wajah akibat pertumbuhan pembangunan yang amat agresif.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pintu Masuk Utama Ke Malaysia Dengan adanya projek-projek nasional, kadar pertumbuhan penduduk Sepang telah meningkat dari 55,000 orang pada tahun 1991 kepada 75,000 orang pada tahun 1999 dan dijangka akan menjangkau ke tahap 2.2 juta orang menjelang tahun 2020. Negara yang maju patut memiliki kemudahan dan prasarana yang mampu menampung perkembangannya. Antaranya adalah laluan masuk ke Daerah Sepang telah bertambah dan akan dipertingkatkan. Serangkaian Lebuhraya yang terdiri dari South Klang Valley Expressway, Elite Expressway, Putrajaya dan Urban Motor Way yang menghala ke Daerah Sepang telah siap atau akan dibina. Sepang juga boleh dihubungi apabila siapnya laluan keretapi Express Rail Link yang menghubungkan Stesen Kuala Lumpur Sentral di Kuala Lumpur ke KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya. Kemudahan-kemudahan infrastruktur ini adalah perlu bagi menampung projek-projek nasional supaya pembangunan di sekitar Sepang akan terus berjalan lancar.

No comments: