BLOG INI MEMBINCANGKAN MENGENAI KEEFISYENAN SESEBUAH MAJLIS PERBANDARAN. MAJLIS PERBANDARAN YANG MENJADI FOKUS KAJIAN SAYA IALAH MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSEPANG). SEGALA MAKLUMAT DAN KOMEN MENGENAI TAJUK KAJAIN AMAT DIALU-ALUKAN....

Monday, September 15, 2008

MASALAH DI SEPANG (DUSUN JADI PADANG GOLF)- harian metro.

SEPANG: Penduduk Orang Asli suku Temuan di Kampung Bukit Unggul, dekat sini, mendakwa kehilangan punca pendapatan apabila tanah yang diteroka sejak 45 tahun lalu dibangunkan padang golf tanpa mendapat persetujuan daripada mereka.Sebelum tanah berkenaan dibangunkan, penduduk menikmati hidup selesa hasil pendapatan daripada tanaman kelapa sawit dan dusun yang diusahakan di kawasan kira-kira 60 hektar.Namun, semuanya berubah apabila kelapa sawit dan pokok buah-buahan yang diusahakan selama ini ditebang untuk membangunkan padang golf pada 1993 menyebabkan majoriti penduduk hilang sumber pendapatan.Kini, mereka yang tinggal di pinggir Bukit Unggul Golf terpaksa bergantung kepada hasil kelapa sawit dan getah di sekitar kawasan rumah untuk sumber pendapatan. Seorang penduduk, Apat Gantok, 64, berkata penduduk kampung terkilan kerana projek dijalankan tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada penduduk kampung, sebaliknya hanya meminta tok batin menandatangani perjanjian sebelum membuat pembayaran. “Pemaju terus memajukan tanah terbabit pada 1994, menyebabkan kami hilang sumber pendapatan kekal.“Kami tidak dapat mengutip hasil kelapa sawit yang tidak ditebang kerana pemaju mendakwa tanah terbabit hak mereka sedangkan pemaju tidak pernah membayar pampasan tanah kepada kami walaupun tanah itu rizab Orang Asli,” katanyaApat berkata, pemaju memang menyediakan penempatan lain di Kampung Kercau, Hulu Langat, Selangor selepas tanah itu dibangunkan, tetapi penempatan baru itu terletak di atas tanah orang lain dan tok batin di kawasan berkenaan tidak menerima kedatangan mereka.Menurutnya, penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Sepang, namun tiada sebarang tindakan diambil.Malah, jabatan itu tidak pernah menjenguk perkampungan Orang Asli terbabit untuk mendengar rintihan penduduk yang terpaksa merempat di tanah sendiri.Menurutnya, ketiadaan sumber pendapatan tetap menyebabkan sebahagian daripada penduduk mengikut anak atau saudara-mara berpindah ke kawasan lain bagi mengelakkan hidup merana di kampung sendiri.



No comments: