BLOG INI MEMBINCANGKAN MENGENAI KEEFISYENAN SESEBUAH MAJLIS PERBANDARAN. MAJLIS PERBANDARAN YANG MENJADI FOKUS KAJIAN SAYA IALAH MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSEPANG). SEGALA MAKLUMAT DAN KOMEN MENGENAI TAJUK KAJAIN AMAT DIALU-ALUKAN....

Thursday, November 20, 2008

SALAM PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya menyiapkan blog ilmiah SKPD 2063 Urbanisasi & Pembangunan Bandar walaupun saya dan ahli kumpulan saya (Zaima dan Siti Juhazimah) terpaksa bersengkang mata bagi menyiapkannya. Saya tidak menafikan bahawa kami memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi bagi menghasilkan satu blog ilmiah yang mampu memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pembaca. Hanya pembaca sahaja yang berhak menilai hasil kerja kami.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah SKPD 2063, iaitu Prof. Madya Dr. Hamzah selaku ketua penyelaras projek ini, dan Puan Masitah yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami. Segala budi yang dicurahkan amat kami hargai. Tidak lupa juga penghargaan kami berikan kepada tutor kursus ini iaitu Cik Noordeyana yang juga banyak membantu meningkatkan pemahaman kami dan membantu kami dalam menyiapkan blog ini.

Kepada ahli kumpulan saya, iaitu Zaima dan Siti Juhazimah, terima kasih saya ucapkan di atas kerjasama yang diberikan kepada saya. Saya amat bersyukur dan bertuah kerana saya dapat bekerjasama dengan kalian semua. Kalian memang best!!!. Harap-harap kita dapat bekerjasama lagi pada sem depan.

Kepada keluarga di kampung, terima kasih kerana memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam bentuk bantuan kewangan bagi saya menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Seterusnya, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua ahli kelas sekiranya terdapat salah silap sepanjang mengambil kursus ini, dan bagi ahli kumpulan saya, saya ingin memohon maaf sekiranya sepanjang bekerjasama dengan kalian, ada terkasar bahasa secara sengaja atau tidak sengaja harap dimaafkan dan tidak disimpan dalam hati.

Semoga Maju Jaya dan Selamat Bercuti.

No comments: