BLOG INI MEMBINCANGKAN MENGENAI KEEFISYENAN SESEBUAH MAJLIS PERBANDARAN. MAJLIS PERBANDARAN YANG MENJADI FOKUS KAJIAN SAYA IALAH MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSEPANG). SEGALA MAKLUMAT DAN KOMEN MENGENAI TAJUK KAJAIN AMAT DIALU-ALUKAN....

Tuesday, November 18, 2008

BAHAGIAN E: PANDANGAN UMUM PENDUDUK TENTANG KEEFISIENAN BANDAR

Dalam bahagian ini, terdapat tiga skop pandangan yang diberi tumpuan, iaitu dari segi aspek bandar yang paling efisien, aspek bandar yang tidak efisien dan ulasan keseluruhan keefisienan bandar.
Daripada pandangan responden, aspek bandar yang paling efisien ialah sesebuah bandar itu mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. ini bermakna, sistem pengangkutan yang terdapat di bandar tersebut adalah cekap dan boleh membantu penduduk sampai ke sesuatu tempat dengan mudah dan cepat. ini termasuklah keadaan jalan raya yang baik, kemudahan pengangkutan awam yang cekap dan kurangnya kesesakan lalu lintas. keefisienan bandar juga bergantung kepada tahap pengangguran yang ada di bandar tersebut. sekiranya bandar tersebut mempunyai kadar penganguran yang rendah, ini bermakna, bandar tersebut telah mencapai tahap guna tenaga penuh dan seterusnya masalah sosial dikalangan penduduk dapat dikurangkan. selain itu, bandar yang paling efisien adalah bandar yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang lengkap. contonya hospital, sekolah, pusat beli belah, balai bomba, balai polis dan sebagainya yang dapat membantu meneruskan kelangsungan hidup penduduk bandar tanpa perlu mendapatkan perkhidmatan tesebut di tempat-tempat lain (bandar-bandar besar yang utama).
Seterusnya, aspek bandar yang tidak efisyen adalah berlawanan dengan aspek bandar yang paling efisyen..
Manakala, skop ketiga ialah ulasan keseluruhan keefisienan bandar. kebanyakan resonden kami
tidak memberi sebarang ulasan. setengah dari mereka menyatakan bahawa pihak yang bertanggungjawab seharusnya lebih peka dan lebih proaktif dalam membendung kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini. kemasukan mereka tanpa terkawal telah menimbulkan persaingan antara pekerja asing dengan pekerja tempatan untuk mendapatkan pekerjaan dan seterusnya menimbulkan pelbagai masalah sosial di negara ini.

No comments: