BLOG INI MEMBINCANGKAN MENGENAI KEEFISYENAN SESEBUAH MAJLIS PERBANDARAN. MAJLIS PERBANDARAN YANG MENJADI FOKUS KAJIAN SAYA IALAH MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSEPANG). SEGALA MAKLUMAT DAN KOMEN MENGENAI TAJUK KAJAIN AMAT DIALU-ALUKAN....

Monday, October 20, 2008

pencarian diteruskan


pencarian responden diterusklan lagi pada hari ahad yang lalu. kawasan tumpuan kami seterusnya ialah Sepang Lama. tak ader ape yang nak saya kongsi sebenarnya, cuma nak cerita pasal kesusahan penduduk Sepang Lama. diorang terpaksa mengangkut air berbaldi-baldi untuk meneruskan kehidupan. kalau semua nak tahu, Sepang dah 4 hari tak ader air. so, susah diorang nak menjalani rutin harian. paling kami kesian, pada anak-anak kecik la.... saya sempat menemubual seorang responden orang asli, yang tinggal di perkampungan orang asli Bukit Bangkong, Sepang, yang ketika itu sedang mengambil air di satu kawasan paip pecah. die cakap, air yang dibekalkan tidak mencukupi dan air tersebut hanya dibekalkan di kawasan taman-taman sahaja. di kawasan perumahan orang asli langsung tidak dibekalkan. so, mereka hanya menggunakan air sungai yang tercemar untuk membasuh pakaian. kesiannyer..... seorang responden India turut berada di tempat kejadian mengakui keadaan tersebut. tambah uncle ni, kawasan perumahan India juga tidak dibekalkan. hanya kawasan yang mempunyai penduduk Melayu sahaja dibekalkan air bersih..... so, pihak mane yang perlu bertanggungjawab di atas semua yang berlaku ni???????? renung-renungkan wahai pembaca budiman....

No comments: