BLOG INI MEMBINCANGKAN MENGENAI KEEFISYENAN SESEBUAH MAJLIS PERBANDARAN. MAJLIS PERBANDARAN YANG MENJADI FOKUS KAJIAN SAYA IALAH MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSEPANG). SEGALA MAKLUMAT DAN KOMEN MENGENAI TAJUK KAJAIN AMAT DIALU-ALUKAN....

Saturday, October 18, 2008

TRAGEDI 16 OKT 2008


Assalamualaikum semua... pada hari Khamis, 16 okt 2008, kumpulan kami (saya, zaza & azie) telah menjalankan survei di Daerah Sepang. kawasan tumpuan kami ialah DENGKIL, BANDAR BARU SALAK TINGGI dan SEPANG LAMA. hari tu, hari pertama kami turun padang. kami sempat survei dan temubual responden dua kawasan jer. Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi. semasa berada di Dengkil, kami berasa teruja kerana penduduk-penduduk Dengkil baik-baik hati semua. kerjasama yang mereka tunjukkan, amat kami hargai, terutamanya penduduk kaum Melayu dan India. kaum Cina langsung tak nak bagi kerja sama pada kami. sedih sangat masa tu..... macam-macam alasan diorang bagi. kalau korang sume nak tau, kami tak dapat sorang pun responden Cina kat Dengkil. hampa sangat!!!. tapi, thanks pada Pak Cik Sharil, salah seorang pembantu rendah am kat FAMA Dengkil, die yang banyak membantu kami dalam membuat temubual ni. sampai kan, die menyuruh anak buah die hantar kami ke warong Wak Surno, kerana menurut beliau, kami akan mudah dapat responden jika pergi kat sana.
cuaca kat sana pada pagi hari cerah, dan tengah hari panas terik. kami berjalan beriringan (macam org jual ubat!!!!) tengah-tengah panas.
dalam pukul 2, kami beralih lokasi ke Bandar Baru Salak Tinggi. tapi, mase tu hujan lebat, siap ngn ribut petir lagi... kami lebih memberi tumpuan kepada responden Cina. buat kali ke-2, kami frust, kami cuma dapat 2 orang jer responden Cina. kenapa dengan kaum dorang ek?????? kami sendiri pun tak paham... tu pun abis pujuk baru dapat temubual. die kate, "manyak olang macam lu olang datang wat survei dekat ini kedai, tapi wa punye business tak jugak untung2, lagi lugi ade la.." ke situ pulak die... kite nak tnye je, die marah2 kite plak...

x pelah, dah x de rezeki kami pada hari tu kan....????? kami harap, hari kedua kami turun padang kami akan dapat kerjasama dari penduduk-penduduk kat sana terutamnya kaum Cina. insyaAllah...

No comments: