BLOG INI MEMBINCANGKAN MENGENAI KEEFISYENAN SESEBUAH MAJLIS PERBANDARAN. MAJLIS PERBANDARAN YANG MENJADI FOKUS KAJIAN SAYA IALAH MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSEPANG). SEGALA MAKLUMAT DAN KOMEN MENGENAI TAJUK KAJAIN AMAT DIALU-ALUKAN....

Tuesday, October 21, 2008

Dengkil....
















Taman Baiduri dilanda banjir................................................ bus stop ke ni???????


erm.... ni la antara masalah yang terdapat kat Dengkil... kami berkesempatan melihat keadaan Taman Baiduri yang dilanda banjir akibat daripada longkang tersumbat dan berlakunya banjir apabila hujan turun dengan lebat. semasa kami berada di tempat kejadian, 2 orang pelajar PMR Sekolah Dengkil yang berbangsa India lalu di hadapan kami. kami terus bertanya mengenai kejadian tersebut. salah seorang daripada mereka yang mahu dikenali sebagai Kavitha menjawap ''kat sini kalau hujau lebat je, air terus naik. macam tu la selalunya kak... kami nak pegi sekolah pun susah. dah la hari ni PMR........" apepun dik, sabar ye. jangan sampai tak pegi ambik exam pulak.. saya cuma berharap agar pihak yang terbabit mengambil tindakan segera dalam menangani masalah ini kerana apa yang kami dapati, penduduk di Taman Baiduri ini sukar meneruskan rutin harian mereka seperti biasa..

korang nampak tak gambar yang ada bas tu? korang rase, tempat tu ada ciri-ciri bus stop tak?????? apa yang kami lihat, keadaan macam tu hanya mendatangkan bahaya kepada pelajar-pelajar, kerana "bus stop" kat sini hanya untuk pelajar-pelajar sekolah dari arah seberang jalan. mereka hanya duduk menunggu bas di tangga-tangga jejantas. keciannya akak tengok adik-adik ni.... tunggu bas tu, tuggu jugak dik, tapi keselamatan tu kena jaga tau!!!!!

No comments: